SiteFlowSiteFlow

Diari Tapak Digital & Penjadualan CPM Berkuasa AI

Urus Projek Pembinaan Anda
Dengan Kemas, Patuh & Yakin

SiteFlow menggabungkan log harian tapak yang kemas, aliran kelulusan yang teratur, dan jadual CPM yang dijana AI terus daripada dokumen BQ anda — dalam satu platform yang benar-benar memahami cara projek pembinaan diurus, kerana ia dibina oleh seorang kontraktor.

BAHARU

Dwi-hala dengan Microsoft Project

Import XMLEksport XML

Sudah ada program kerja dalam MS Project? Import terus — tak perlu taip semula. Siap kerja, hantar balik jadual anda dalam format yang perunding memang guna. Tugasan, tempoh, dependency & kalendar semuanya dibawa bersama.

Tanpa kad kredit. Daftar dan terus guna.

Muat naik BQ pagi ini, jadual CPM siap sebelum anda balik dari tapak. Sudah ada program kerja MS Project? Import terus — tak payah taip semula.

www.siteflow.my

Jadual Projek (CPM)

AI menjana jadual daripada BQ…

Mobilisasi & Pentadbiran

Reka Bentuk & Kelulusan

Perolehan Peralatan

Pemasangan Sistem

Ujian & Tauliah

MS Project ⇄ SiteFlow

MSProject_Projek.xml

ImportEksport

Dwi-hala — tanpa taip semula

Log Harian — 24 September

Diluluskan

Lihat Ia Beraksi

01Jadual CPM dilukis02Dwi-hala MS Project03Data projek tersusun04Log harian → graf kemajuan05Gantt seret & cubit

Dikuasakan oleh

claude-opus-5claude-sonnet-5
01 — Jadual CPM02 — Dwi-hala MS Project03 — Projek & Data04 — Log Harian → Analisis05 — Gantt Senang Digerakkan

Dua ejen AI bekerja di sebalik tabir untuk draf jadual CPM anda

Kami Faham Masalah Di Tapak — Kerana Kami Pernah Berdiri Di Situ

Setiap ciri dalam SiteFlow lahir daripada masalah sebenar yang dihadapi kontraktor setiap hari:

Isu Buku Log Tapak Kerja

Diari tapak memang wajib untuk kebanyakan projek. Tapi realitinya, banyak buku log ditulis tangan — ada yang tulisan jelas, ada yang sukar dibaca, dan lebih kerap lagi langsung tak dibuat. Bila tiba masa audit atau tuntutan, rekod yang sepatutnya ada… hilang begitu saja.

Masalah Jadual CPM

Ramai kontraktor rasa jadual CPM lebih jadi beban daripada satu alat membantu dalam pengurusan projek. Dalam mesyuarat kemajuan, jadual yang lemah, tak logik, atau tak dikemas kini sering jadi punca teguran. Sepatutnya jadual ini membantu kerja anda — bukan menjatuhkan maruah anda.

Masalah Dokumen Tapak

Sepanjang projek berjalan, banyak perkara perlu dipantau — penyerahan dokumen, kelulusan, dan rekod kemajuan. Tapi bila semuanya disimpan dalam fail fizikal atau telefon, pasti ada yang tercicir dan susulan jadi terlepas.

Kesukaran pemantauan projek

Klien dan perunding sering sukar memantau projek. Mereka terpaksa tunggu laporan, adakan mesyuarat, atau turun sendiri ke tapak hanya untuk tahu status kemajuan. Padahal, maklumat ini sepatutnya boleh dilihat bila-bila masa tanpa perlu menunggu.

Kisah Di Sebalik SiteFlow

Dibina Oleh Kontraktor Malaysia

SiteFlow bukan sekadar idea dari bilik mesyuarat syarikat perisian. Ia lahir daripada pengalaman bertahun-tahun pengasasnya sebagai kontraktor Malaysia — menguruskan tapak projek, berdepan mesyuarat kemajuan, berurusan dengan pembekal, dan menyelaras kerja antara kontraktor utama dengan subkontraktor dalam projek awam dan swasta.

Pengalaman sebenar di lapangan inilah yang diterjemahkan ke dalam sistem SiteFlow, aliran demi aliran. Bermula dengan mengemas log harian — rekod paling asas tetapi sering diabaikan — hinggalah ke jadual CPM yang dinaik taraf dengan bantuan AI, mampu membaca dokumen BQ anda sendiri.

Hasilnya ialah platform digital yang dibina oleh orang tapak, untuk orang tapak. Aliran kerjanya terasa betul di tangan kontraktor Malaysia — cukup teliti untuk projek dengan keperluan pematuhan ketat, dan cukup mudah untuk digunakan setiap hari oleh sesiapa sahaja dalam pasukan anda.

CPM — Jadual Projek

HAKIKAT: Microsoft Project hanya diguna untuk mesyuarat dengan klien sahaja, selepas itu dibiarkan.

Kalau anda pernah sediakan penjadualan untuk mesyuarat tapak, anda sudah tahu separuh daripada ini. SiteFlow buat kerja yang sama — SiteFlow tahu projek tapak anda di Malaysia dan dengan SiteFlow kami bagi anda keseluruhan — AI, automasi, dan pemantauan real-time dalam satu sistem, dan ia siap sebelum anda sempat buat kopi.

Kelebihan SiteFlow CPM: boleh baca fail Microsoft Project (.xml), dan begitu juga sebaliknya — kedua-dua sistem ini saling memahami melalui fail .xml.

Semua yang anda buat dalam MS Project, SiteFlow buat juga

  • Senarai tugasan lengkap dengan tempoh dan turutan kerja
  • Laluan kritikal (critical path) dikira automatik
  • Carta Gantt dengan anak panah hubungan kerja
  • Baseline untuk dibandingkan dengan kemajuan sebenar
  • S-curve: rancangan berbanding kemajuan sebenar
  • Cetakan jadual untuk mesyuarat tapak
  • Import & eksport fail Microsoft Project

Yang anda tak pernah dapat sebelum ini

1

Jadual pertama siap dalam beberapa minit

Muat naik BQ. AI baca, pecahkan ikut sistem kerja, dan rangka senarai tugasan penuh dengan tempoh dan turutan — untuk anda semak dan betulkan. Kerja dua hari jadi kerja satu petang.

2

Ia tahu cuti dan hujung minggu Malaysia

Pilih negeri tapak. Sistem tahu Kelantan berehat Jumaat–Sabtu, dan cuti umum kebangsaan 2026 dan 2027 dimuatkan dengan satu klik. Cuti negeri dan tutup Raya anda tambah sendiri — sekali sahaja, bukan setiap kali buat jadual baharu.

3

Tempoh menunggu dikira betul

Konkrit tak berhenti mengeras hari Ahad. Kastam tak tunggu hari bekerja. Tandakan tugasan begitu dan tarikhnya tak lagi diregangkan merentasi hujung minggu.

4

Baseline yang tak boleh diusik sesiapa

Kunci penjadualan yang dipersetujui. Selepas itu tiada siapa — termasuk anda — boleh mengubahnya. Setiap tugasan tunjuk berapa hari terpesong daripada perjanjian asal. Inilah yang anda perlukan bila tuntutan lanjutan masa dipertikaikan.

5

Log harian tapak kemas kini jadual sendiri

Hidupkan suis ini sekali untuk projek itu. Selepas itu supervisor tag tugasan dalam log harian, tarikh sebenar masuk sendiri, dan laluan kritikal serta Lengkung-S dikira semula. Anda tak perlu ingat untuk kemas kini penjadualan — anda cuma rekod apa yang jadi di tapak.

6

Klien tengok sendiri, tanpa akaun

Hantar pautan dan kata laluannya. Klien nampak Gantt dan Lengkung-S yang sama, hidup dan terkini, tanpa perlu apa-apa dipasang dan tanpa boleh ubah apa-apa. Kurang satu emel susulan setiap minggu.

7

Cetakan A3 yang sudah siap untuk mesyuarat (pelan Pro)

Bukan sekadar carta. Satu muka surat ringkasan mesyuarat: peratus sebenar lawan sepatutnya, unjuran tarikh siap, tugasan kritikal yang lewat, dan kerja 14 hari akan datang. Ambil, cetak, masuk bilik.

8

Buka di telefon, di tapak

Bukan perisian yang duduk atas satu PC di pejabat. Semak jadual sambil berdiri depan kerja yang anda cakapkan.

Dan bila perunding minta fail Microsoft Project, hantar sahaja — import dan eksport XML serta cetakan PDF tersedia pada pelan Pro. Satu pelan, dua paparan; bukan dua pelan yang kena diselaraskan setiap bulan.

Ciri-Ciri Utama

Satu Platform, Keseluruhan Aliran Projek

Daripada dokumen BQ di awal projek hinggalah penyerahan akhir — setiap peringkat diurus dalam satu sistem yang bersambung.

Log Harian Digital

Log harian kini lebih kemas dengan borang berstruktur untuk cuaca, tenaga kerja, subkontraktor, aktiviti, pelawat dan gambar tapak. Semua rekod tersusun, mudah dibaca dan boleh diluluskan ikut aliran kerja berperingkat. Bila diperlukan, rekod ini boleh dijana terus sebagai PDF profesional untuk audit atau laporan rasmi.

Jadual CPM Dijana AI

Muat naik dokumen BQ projek anda, dan AI akan pecahkan skop kerja serta cadangkan jadual CPM lengkap dengan tempoh dan hubungan logik. Semak, betulkan, sahkan — kerja berhari-hari siap dalam minit. Baharu: integrasi dwi-hala dengan Microsoft Project melalui fail .xml: Import jadual dari Microsoft Project ke SiteFlow. Eksport jadual dari SiteFlow ke Microsoft Project. Kelebihan SiteFlow CPM: Semua tugasan dan Gantt chart dijana automatik, lengkap dengan S-curve untuk pemantauan projek secara online, real-time.

Log Harian Seiring CPM

Aktifkan pautan Log Harian–CPM dan setiap log akan ditandakan pada tugasan jadual. Tarikh mula dan siap sebenar dikemas kini automatik daripada rekod tapak, menjadikan jadual sentiasa hidup, bukan dokumen statik. Guna log digital harian dan tag pada tugasan, maka Gantt chart dijana automatik, lengkap dengan S-curve untuk pemantauan projek secara online, real-time.

Carta Gantt & Critical Path Automatik

ES, EF, LS, LF dan float dikira automatik, laluan kritikal diserlahkan, dan kalendar cuti projek diambil kira. Keseluruhan jadual boleh dieksport sebagai PDF pembentangan atau terus ke Microsoft Project melalui fail .xml. Aliran ini dwi-hala: jadual dari Microsoft Project boleh diimport ke SiteFlow, dan jadual SiteFlow CPM boleh dieksport semula ke Microsoft Project.

Pemantauan Mudah Untuk Klien & Perunding

Paparan pemantauan khas dan pautan kongsi yang dilindungi kata laluan membolehkan klien atau perunding melihat status projek pada bila-bila masa — tanpa perlu akaun, tanpa perlu menunggu laporan.

Kelulusan & Jejak Audit Lengkap

Setiap tindakan direkodkan — siapa, apa, bila. Aliran kelulusan yang jelas dan jejak audit penuh memberi anda rekod yang kukuh untuk mesyuarat, audit dan tuntutan.

Dwibahasa & Mesra Semua Peranti

Antara muka penuh dalam Bahasa Melayu dan English, boleh ditukar bila-bila masa — dan berfungsi lancar di telefon, tablet mahupun komputer, di pejabat atau di tapak.

Data Anda, Selamat

Data setiap syarikat diasingkan sepenuhnya, dilindungi kawalan akses berperanan, disandarkan, dan kekal milik anda — boleh dilihat dan dimuat turun walaupun selepas langganan tamat.

Cara Berfungsi

Mula Dalam Tiga Langkah

1

Daftar & Mula Percubaan Percuma

Daftarkan syarikat anda dalam beberapa minit dan jemput pasukan anda — tanpa kad kredit, tanpa komitmen.

2

Muat Naik BQ, Sahkan Jadual CPM

Biarkan AI membaca dokumen BQ anda dan mencadangkan jadual penuh. Anda semak setiap butiran, laraskan mana yang perlu, dan sahkan. Sudah ada program kerja dalam Microsoft Project? Import fail XML terus masuk — dan eksport keluar semula bila-bila masa. Dua aplikasi berlainan, tetapi tetap membaca satu sama lain.

3

Rekod Log Harian Di Tapak

Pasukan tapak merekod terus dari telefon. Jadual dikemas kini, pihak pemantau melihat kemajuan, dan setiap rekod tersimpan kemas.

Dibina Dengan Piawaian Yang Anda Jangkakan

  • Pengasingan data penuh bagi setiap syarikat
  • Jejak audit menyeluruh untuk setiap tindakan
  • Mod baca-sahaja selepas tamat langganan — data anda tidak pernah tergantung
  • Percubaan percuma sebelum sebarang bayaran

Pembantu Dalam App

Tak pasti nak mula dari mana? Tanya Mat.

Setiap skrin SiteFlow ada Mat — pembantu yang faham setiap fungsi sistem ini. Anda tak perlu manual, tak perlu sesi latihan, dan tak perlu risau tersalah langkah.

Panduan ikut skrin

Buka mana-mana skrin dan tekan Mat — langkah demi langkah untuk skrin itu terus keluar. Sentiasa tersedia, tanpa had.

Tanya dalam bahasa harian

Taip soalan macam anda tanya rakan sekerja — "macam mana nak isi log harian?" — dan Mat jawab terus, dalam BM atau English.

Jawapan disemak manusia

Jawapan Mat disemak dan diluluskan oleh pasukan SiteFlow, bukan jawapan AI mentah. Kalau Mat tak pasti, dia mengaku dan tunjukkan jalan ke sokongan.

Data anda bukan urusan Mat

Mat hanya tahu CARA sistem berfungsi. Ia tidak boleh membaca, mengubah atau memadam data projek anda — memang tiada jalan untuknya berbuat begitu.

SiteFlow

Mat

Pembantu Dalam App

Mat menunggu di skrin pertama anda — daftar dan cuba tanya sendiri.

Kawalan Jadual

Amaran awal, sebelum kelewatan jadi tuntutan

Jadual yang cantik tidak berguna kalau anda cuma perasan ia tergelincir selepas terlambat. SiteFlow mengira semula laluan kritikal setiap kali data berubah — dan memberitahu anda awal.

Pusat Isu Jadual

Semua amaran merah dikumpul dalam satu kad boleh-kembang: pelan lawan kontrak, keadaan semasa, tugasan kritikal lewat, dan kerja luar turutan. Bersih bermakna hijau — bukan senyap.

Garis tamat kontrak pada Gantt

Tarikh siap kontrak dilukis terus atas carta. Tugasan yang melepasinya kelihatan serta-merta, tanpa perlu kira sendiri.

Float dikira, bukan diteka

Enjin CPM sebenar mengira float setiap tugasan — anda tahu berapa hari lagi ia boleh bertahan sebelum tarikh siap tergugat.

Angka yang sama untuk semua pihak

Pautan kongsi kepada klien dan perunding memaparkan angka yang sama seperti papan dalaman anda. Tiada dua versi kebenaran.

Ketahanan Data

Diari tapak anda hari ini ialah bukti anda esok

Log harian, foto dan jadual anda ialah rekod kontemporari — nilainya bergantung pada ia masih ada bertahun kemudian. Itu dilindungi secara berlapis.

Backup automatik setiap malam

Pangkalan data dan setiap foto disalin ke storan berasingan di luar platform, setiap malam, tanpa anda buat apa-apa. Salinan harian disimpan 35 hari; salinan bulanan kekal.

Foto terpadam tetap selamat

Cermin backup bersifat tambah-sahaja: fail yang dipadam dalam app kekal dalam salinan. Silap padam tidak memusnahkan bukti tapak anda.

Data setiap syarikat terasing

Pengasingan dikuatkuasakan di peringkat pangkalan data, bukan sekadar penapis dalam kod aplikasi — satu lapisan pertahanan yang berdiri walaupun kod tersilap.

Pemulihan yang berdokumen

Prosedur pemulihan bertulis langkah demi langkah, dan pemantauan automatik yang memberi amaran kepada pasukan platform jika backup malam gagal berjalan. Kegagalan senyap tidak dibenarkan.

Kira Sendiri

Berapa nilai masa yang hilang setiap bulan?

Anggarkan masa pasukan anda untuk kerja laporan manual — menyusun log, mengemas kini jadual, dan menjawab pertanyaan klien.

Anggaran kos hangus sebulan

RM 1,039

SiteFlow Pro — RM299 sebulan, satu syarikat, pengguna tanpa had.

Mula Percuma Dahulu

* Anggaran kasar untuk perbandingan sahaja

Pakej & Harga

Harga Yang Jelas, Tanpa Kejutan

Mulakan secara percuma, nilai sepenuhnya dengan projek sebenar anda, dan langgan hanya apabila anda yakin ia berbaloi.

Percubaan Percuma

RM0untuk 30 hari

Akses penuh untuk menilai SiteFlow dengan projek sebenar anda — tanpa kad kredit, tanpa komitmen.

30 hari penuh — cukup untuk satu kitaran tuntutan, atas projek sebenar anda.

  • Log harian digital tanpa had, dengan aliran kelulusan
  • Pengurusan projek, dokumen & gambar tapak
  • Penjanaan CPM berkuasa AI daripada BQ (kuota percubaan)
  • Carta Gantt & critical path automatik
  • Paparan pemantauan & pautan kongsi untuk klien
  • Dwibahasa penuh BM / English, semua peranti
Mula Percubaan Percuma
PALING POPULAR

Pro

RM299sebulan, setiap syarikat

Untuk syarikat yang menggunakan SiteFlow dalam operasi harian — kuasa AI penuh dan tiada gangguan.

  • Semua ciri dalam Percubaan Percuma
  • Kuota penjanaan CPM daripada BQ yang lebih tinggi
  • Model AI premium untuk bacaan BQ yang lebih tepat
  • Import & eksport jadual CPM — Microsoft Project (XML) dwi-hala + PDF
  • Storan yang lebih besar untuk dokumen & gambar
  • Pengguna tanpa had di bawah satu syarikat
Langgan Pro

Harga tertakluk kepada paparan semasa dalam aplikasi ketika melanggan. Bayaran selamat melalui FPX/ToyyibPay. Selepas langganan tamat, data anda kekal selamat dalam mod baca-sahaja — tiada data dipadam.

Sedia Mengemas Kan Pengurusan Projek Anda?

Sertai kontraktor yang telah beralih daripada buku log dan jadual bertampal kepada satu platform yang teratur.

Daftar & Mula Percubaan Percuma
Tanya Mat